Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

BERSATU tidak terima kemasukan Ali Tinju

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak terima kemasukan individu seperti Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju yang mempunyai sejarah perjuangan yang tidak baik. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu mempunyai prinsip dan sentiasa berpegang untuk tidak menerima individu yang tidak sesuai menyertai mereka.