Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bersatu, Pas tidak bertanding pada PRN12 Sarawak

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, Parti Pribumi Bersama Malaysia (Bersatu) dan Pas tidak akan bertanding di negeri itu. Jaminan itu diberikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat pemimpin 12 parti membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Rabu. Ini bermakna Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melawan blok pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB).