Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bekas Pengarah agensi kerajaan dan tiga lain direman kes rasuah

Seorang bekas Pengarah Institut Penyelidikan di sebuah agensi kerajaan bersama tiga Pengurus Syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai hampir 70 ribu ringgit. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim @ Isa bermula Rabu.