Bayi baru lahir ditinggalkan di bilik menyusu di pasaraya

Orang ramai di sebuah pasarraya di Tanjong Tokong, Pulau Pinang gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki di dalam bilik menyusu pasaraya berkenaan pada petang Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditinggalkan dalam keadaan berbalut tuala bilik berkenaan sebelum ditemui pengunjung pasaraya.