Tutup

Batman, Spiderman buat kejutan buat murid tahun enam

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam, Kepala Batas yang baru selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikejutkan dengan kehadiran adiwira filem, Batman dan Spiderman yang menyambut mereka di luar kelas. Kehadiran dua adiwira tersebut adalah sebahagian gimik diatur kelas 6 Jihad dan pihak sekolah bagi meraikan 78 murid sekolah itu yang menduduki UPSR pada hari terakhir.