Banyak permohonan beli tanah secara jualan terus ketika Ku Nan menteri

Banyak permohonan beli tanah secara jualan terus selepas Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Perkara itu didedahkan saksi pendakwaan ke-18 iaitu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa.