BAKASA mainkan peranan bantu veteran ATM

Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) mempunyai cara tersendiri untuk menyambut kehadiran malam Nisfu Sya?ban tahun ini dengan menzahirkan keperihatinan organisasi terhadap veteran anggota tentera. Pada Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya?ban dan doa kesyukuran yang diadakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada Sabtu, BAKASA menyampaikan bantuan kerusi roda kepada lebih 20 penerima.