Bahana 'tertidur' di landasan kereta api, seorang lelaki maut digilis

Seorang lelaki maut digilis kereta api selepas disyaki tidur di tepi landasan di kilometer 1.5 Beaufort - Tanjung Aru, berhampiran Chan Furniture, Beaufort, Sabah. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Totoh, 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepalanya.