Azmin sedia bekerjasama dengan Anwar

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau sedia bekerja sebagai satu pasukan dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan parti. Kenyataan itu sekali gus senada dengan kenyataan Anwar yang menyatakan akan tetap bekerjasama bersama timbalannya itu.