AWER sambut baik cadangan penambahbaikan akta berkenaan pencemaran air

Penambahbaikan undang-undang berkenaan kesalahan terhadap pencemaran air akan membantu agensi bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini dengan berkesan. Namun, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata perkara utama yang perlu diselesaikan adalah punca berlakunya pencemaran air.