#AWANIJr: Ukiran Jiwa 2018

2018 melakarkan kenangan terindah buat warga STePS dengan pelbagai kejayaan yang dicapai sehingga diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah terbaik di daerah Setiu di atas Pencapaian Cemerlang Kokurikulum 2018. Wartawan Al Kauthar TV, TVPSS STePS, SK Telaga Papan, Setiu Terengganu, adik Nur Arisha Shahira,12 berkongsi kenangan terindah tersebut. Jom kita ikuti laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.