Tutup

#AWANIJr: Penutupan Bulan Kebangsaan #Sayangi Malaysiaku

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu telah berlangsung dengan meriah pada 19 September 2019 dan pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan basikal berhias, pertandingan pakaian beragam dan perarakan sekitar Kampung Ayer Puteh. Bersama-sama adik Nur Qistina Batrisyia Ahmad Shahruwan,11 pengacara SKYSKAP TV PSS, SK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu ada laporannya. Jom sama-sama kita saksikan.