Tutup

#AWANIJr: Kenali pengamal dan pengkaji madu lebah Cameron Highland

Bila sebut sahaja Cameron Highland, setiap orang mesti bayangkan buah Strawberry. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Setiap tahun, ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negara datang berkunjung ke sini. Di Kg Taman Sedia, Cameron Highland ada seorang pengamal dan pengkaji madu lebah. Beliau mengusahakan Madu Terapi Batuk dan banyak membuat kerja amal hasil daripada amalan dan kajian beliau. Mari kita mengenali Encik Khairul Azlan Mohd Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Alang. Mari sama-sama kita ikuti laporan oleh wartawan awani junior dan krew TV PSS SeNILAMTV , adik Wan Nur Afiqah Wan Ahmad Hassan,15 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.