#AWANIJr: Jaga adab ketika masuk masjid

Pillars TV, TVPSS SMA Setiu kali ini kembali bersama pengacara Muhammad Haziezie, 16. Beliau ingin berbicara tentang adab yang perlu kita jaga ketika memasuki Rumah Allah S.W.T. Diharapkan perkongsian in dapat dijadikan panduan untuk semua yang mahu berkunjung ke tempat ibadat suci ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.