Tutup

#AWANIJr: Hang Tuah ke Gong Badak

Tanggal 4 November 2018, SK Duyong, Melaka telah membuat lawatan penanda aras ke SK Kompleks Gong Badak(SKKGB),Kuala Nerus, Terengganu yang merupakan Johan Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah Rendah Malaysia 2018. SKKGB juga merupakan johan tiga tahun berturut-turut TV PSS negeri Terengganu sejak 2016-2018. Warga SK Duyong telah diberi pendedahan dan bimbingan oleh kru TV PSS MY SKKGB Channel tentang cara menubuhkan TV PSS dan cara menyertai Program Awani Junior. Jom kita bersama sama adik Muhammad Aidit Sufi dan Nur Afiqah Auni untuk laporan seterusnya.