#AWANIJr: Cergas badan cerdas minda

Pengacara Wan Nur Irdina Syahirah Wan Mohd Zahiruddin ,7, daripada MerangTV SK Merang,Setiu telah mengikuti transisi tahun 1 bagi sesi 2019. Pelbagai program dirancang pada minggu transisi antaranya sukaneka untuk murid tahun 1. Pengacara Irdina juga sempat menemubual cikgu Nur Hafizah Razali, penyelaras program transisi tahun 1 di sekolah ini. Awani jr merupakan inisiatif terbaru Astro Awani dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.