Tutup

#AWANIJr: BICARA "RBL"? Kemenjadian Murid?

Pengacara Hang Tuah Channel Nurafiqah Auni Mohd Zaidy, 12, bersama-sama juru kamera Syed Abd Rahman Syed Zainuddin, 11, mengupas Program Bicara Ilmu anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah yang memberi peluang kepada Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka berkongsi ilmu bagaimana ?Research Based Learning? dapat membantu kemenjadian murid dalam Kurikulum kepada semua guru besar daerah Melaka Tengah pada Jumaat, 22 Februari 2019 di Dewan Bestari JPN Melaka. Perkongsian telah diterjemahkan oleh Guru Besar SK Duyong, Mohd Fares Mustafa, 53. SK Duyong menjadi sekolah rendah pertama di Malaysia yang melaksanakan ?Research Based Learning? dengan Pusat Sumber Sekolah sebagai pemangkin sumber pendidikan bersama lima buah panitia. Ketua PPD Melaka Tengah, Halim Abdul Malek,berharap SK Duyong meneruskan program yang berimpak tinggi ini dalam mempertingkatkan kemenjadian murid yang sebenar dalam kurikulum. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.