Tutup

#AWANIJr: 559 tahun airnya tak pernah kering

Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Nur Afiqah Auni Mohd Zaidy menyingkap rahsia di sebalik Perigi Diraja yang dibina oleh Sultan Mansur Shah pada 1459 sebagai tanda kasih kepada isteri Baginda Puteri Hang Li Po. Air Perigi Diraja ini tidak pernah kering sejak dibina hingga kini walaupun berada di kaki Bukit Cina dan musim panas. Para pelancong Negara China, Taiwan , Hong Kong dan negara barat gemar berkunjung ke sini,. Mereka gemar memasukkan duit syiling sebagai tanda menunaikan hajat. Mungkinkah dengan hajat-hajat suci ini yang menyebabkan air Perigi Diraja ini tidak kering? Sempena Tahun Melawat Melaka 2019, Hang Tuah Channel akan sentiasa memperkenalkan tempat menarik dan bersejarah di Melaka.