Tutup

#AWANIByte: PLANMalaysia laksanakan pelbagai inisiatif hijau

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memaklumkan bahawa banyak inisiatif hijau telah dilaksanakan oleh pihak PLANMalaysia bagi memastikan usaha merealisasikan perancangan ke arah bandar masa depan yang sejahtera dan mampan. Inisiatif-inisiatif menghijaukan bandar juga dipergiatkan lagi sebagai usaha untuk menyokong agenda pembangunan mampan bagi menangani masalah alam sekitar serta mewujudkan persekitaran bandar-bandar yang lebih berkualiti.