AWANI 7.45: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah & model pertanian estet

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM42.76 juta berhubung mengekalkan lanjutan kontrak visa, lima tahun lalu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan model pertanian estet diperkenal bagi meningkatkan pendapatan petani luar bandar. Perinciannya di AWANI 7.45 malam ini dan astroawani.com.