Tutup

#ASEAN52: Sempadan laut ASEAN tak selesai, kini nak berdepan China?

Persempadanan maritim antara negara-negara anggota ASEAN perlu dimuktamadkan dengan segera sebelum kesatuan itu berdepan dengan kuasa besar yang menuntut Laut China Selatan, China. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata antara isu maritim yang gagal diselesaikan termasuk penentuan sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) antara Malaysia dan Indonesia.