Tutup

APEC 2020: Medan terbaik promosi Pulau Langkawi - LADA

Penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 yang berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah menjadi medan terbaik dalam mempromosikan sektor pelancongan di Pulau Lagenda terbabit. Menurut Ketua Penolong Pengurus Kanan (Pelancongan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Maebel Leong Sai Fong, kehadiran lebih 300 delegasi dari lebih 21 negara di rantau ini mampu memberi dimensi dan sinar baru buat Langkawi.