Anak muda digalakkan ceburi sektor pertanian

Kerajaan akan berusaha untuk menarik lebih ramai anak muda untuk menceburi sektor pertanian. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, ketika ini, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan anak muda menyertai sektor berkenaan.