Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Amanah tidak bersetuju pelaksanaan PPSMI

Parti Amanah secara terang-terangan menolak cadangan pelaksanaan semula pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Naib Presiden Amanah, Khalid Abdul Samad, bagaimanapun menegaskan parti itu terbuka untuk mengadakan perbincangan memandangkan cadangan berkenaan belum lagi dibawa ke peringkat Kabinet.