Tutup

Amanah perlu adil kepada wanita dalam kepimpinan

Bekas Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud menggunakan platform konvensyen parti itu melepaskan geram dalam isu kepekaan gender dalam kalangan kepemimpinan dan ahli parti itu. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Nasional yang baru dipilih kelmarin, mendakwa parti itu tidak memberikan pengiktirafan secara menyeluruh terhadap jasa dan sumbangan wanita dalam menggerakkan perjuangan parti.