Amanah beri amaran pecat ahli jadi calon Bebas di PRK Sandakan

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima laporan terdapat anggota partinya bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan. Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, sebelum ini pihaknya telah memecat dua ahli parti yang menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.