Tutup

Alwi Che Ahmad letak jawatan Ketua Pembangkang Kelantan

Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kok Lanas dari Barisan Nasional, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini mendapat reaksi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Walaupun tindakan Alwi sebagai sokongan terhadap penyatuan Piagam Muafakat Nasional, Pas dan UMNO, peranan UMNO di Dewan Kelantan masih pembangkang.