Tutup

Ali Hamsa sahkan beri cadangan hapus laporan audit 1MDB versi lain

Saksi keempat kes laporan audit 1Malaysia Development Berhad 1MDB bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengesahkan beliau mencadangkan supaya laporan audit 1MDB versi lain dihapuskan. Beliau membuat pengakuan itu menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.