Ahli Bersatu diingatkan kekal dengan perjuangan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada ahli-ahli partinya agar tidak lari dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Dr mahathir menegaskan ahli-ahli Bersatu perlu mengambil contoh apa yang berlaku kepada UMNO yang ditolak rakyat kerana sikap berjuang untuk diri sendiri melebihi perjuangan sebenar.