announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Agong, Raja Permaisuri lawat The Habitat, Bukit Bendera

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat The Habitat, di Bukit Bendera. Seri Paduka berdua menaiki funikular ke stesen atas puncak Bukit Bendera pada jam 4.30 petang diiringi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee serta Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Cheok Lay Leng.