ADUN Bukit Besi kemalangan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud cedera selepas pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata nahas berlaku di kilometer 20 Jalan Dungun-Bukit Besi kira-kira jam 11.35 malam Khamis.