Tutup

ADAM50: Buat tabungan awal secara konsisten

Ibu bapa disaran membuat tabungan awal secara konsisten kepada anak mereka dalam Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Ia bagi membantu ibu bapa membuat persiapan anak pada masa hadapan. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata tujuan utama penubuhan ADAM50 adalah untuk menggalakkan pelaburan dibuat dari awal.