Tutup

Abd Rahim Ketua Polis Kedah baharu

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini. Abd Rahim yang berasal dari Pekan, Pahang menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah Gerakan/Pasukan Gerakan Am di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.