Tutup

80% kanak-kanak terima rawatan di IJN perlu bantuan dana rawatan

Sebanyak 80 peratus pesakit kanak-kanak dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) datang dari golongan yang memerlukan bantuan bagi menampung kos rawatan serta logistik. Menurut Timbalan Ketua, Pediatrik dan Pusat Jantung Kongenital Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Marhisham Che Mood, pihaknya menerima sebanyak 2,500 kes setahun melibatkan kanak-kanak mempunyai komplikasi jantung.