Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

5,100 kg bekalan makanan dihantar kepada 982 keluarga Orang Asli

Sebanyak 5,100 kilogram bekalan makanan dihantar kepada 982 keluarga Orang Asli di enam buah Pos Pedalaman di Gua Musang, Kelantan bagi menghadapi musim tengkujuh. Bekalan makanan seperti beras, minyak masak, tepung gandum, susu, gula, biskut, air mineral dan barangan makanan lain itu dihantar kepada 3, 724 penduduk Orang Asli di enam buah Pos Pedalaman.