475 institusi pendidikan di Pasir Gudang diarah tutup mulai Selasa

Sebanyak 475 institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta ditutup mulai hari ini hingga 27 Jun ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan. Selain itu, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.