39 rakyat Malaysia ditahan di Syria mahu pulang ke tanah air

39 daripada 69 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria mahu pulang ke tanah air. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan hasrat itu dinyatakan sendiri kumpulan berkenaan kepada PDRM dan beberapa kumpulan perantara.