3 penyelam maut: Polis tahan dua individu

Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kematian tiga lelaki termasuk dua pelancong China di Pulau Kalapuan dekat Semporna pada Jumaat. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah individu yang ditahan, merupakan pemandu dan pembantu bot berkenaan.