Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

3,500 pesara perubatan bantu barisan hadapan KKM

Kementerian Kesihatan memanggil seramai tiga ribu lima ratus pakar perubatan dan jururawat bagi membantu barisan hadapan merawat jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka kini dalam proses menjalani latihan lanjutan sebelum ditempatkan di fasiliti hospital yang memerlukan. Daripada jumlah itu, sebanyak dua ribu empat ratus telahpun dikerahkan ke beberapa buah hospital di negara ini.