17 kemalangan maut akibat rempuhan tren KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merekodkan 17 kemalangan maut akibat rempuhan tren di pelbagai lokasi di sepanjang 1,655 kilometer jajaran kereta api KTMB pada tahun lepas. KTMB turut merekodkan 53 kes pelanggaran ternakan selain 86 kes kecurian peralatan dan kabel serta 14 insiden membaling batu ke arah kereta api sepanjang 2018.