Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

156 kes sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Raya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkata sebanyak 156 kes dikesan sepanjang Skim Kawalan Harga musim perayaan dilaksana sempena Hari Raya Aidilfitri. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kesalahan itu dikesan dilakukan ketika pemeriksaan pihak berkuasa ke atas 38 ribu premis perniagaan. Ia termasuk 5 kesalahan menaikkan harga kawalan daripada harga yang ditetapkan.