Tutup

136 penumpang panik apabila bot berasap

Seramai 136 penumpang bot ekspres berhadapan detik mencemaskan apabila enjin bot ekspres berasap di Terminal Bot Ekspres Song di Sibu, pada pagi Ahad. Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi dan sebuah jentera LFRT dengan kekuatan empat anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Song.