Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

11,430 Tabika dan Taska dibuka hari ini

Sebanyak 11,430 Tabika dan Taska di bawah seliaan Kemas seluruh negara kembali beroperasi hari ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, daripada keseluruhan jumlah itu 10,910 membabitkan Tabika dan selebihnya Taska. Pembukaan semula itu membabitkan 220,000 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang belajar di Tabika dan 9,500 kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun di Taska.