Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

1,116 rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang

1,116 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India akan dibawa pulang ke tanah air dalam waktu terdekat. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar memaklumkan, keputusan dibuat hasil perbincangan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin dengan Presiden Parti Malaysian Indian Congress (MIC), Tan Sri S- A Vigneswaran dan syarikat penerbangan AirAsia.