Yayasan OBYU menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Rabu bagi menyokong usaha memerangi COVID-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menerima sumbangan berkenaan daripada wakil Yayasan OBYU, Dr Haironi Yusoff dan Rozana Yusuf.

"Sejak 2018, Yayasan OBYU telah secara aktif menghulurkan sumbangan dalam bidang pendidikan, sukan, aktiviti keagamaan dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik,” kata jurucakap yayasan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menjelaskan, Yayasan OBYU bukan sebuah organisasi bermotifkan keuntungan dan ditubuhkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan korporat Kumpulan OBYU.

Acara penyerahan sumbangan itu berlangsung secara terkawal di Bilik Gerakan Negeri.

Turut hadir, Menteri Utiliti Dato Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Antara inisiatif Yayasan OBYU sebelum ini termasuk pembinaan dewan peperiksaan baharu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berjumlah RM5 juta dan pembinaan blok sekolah baharu untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali di Sibu