Datuk Yasmin Mahmood telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 15 Januari depan.

"Dengan hati yang berat, saya melepaskan jawatan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MDEC untuk
menyertai sebuah syarikat teknologi di Jakarta," kata Yasmin, dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Ia adalah satu penghormatan tertinggi untuk menjawat jawatan ini selama 4 tahun dan 3 bulan," katanya.

Yasmin dilantik sebagai CEO syarikat berkenaan pada 15 Sept 2014.


Wawancara Datuk Yasmin di rancangan Agenda AWANI

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memberi sokongan terhadap pimpinan Yasmin.

"Kami berterima kasih kepada Datuk Yasmin sepanjang tempoh pimpinan beliau bersama MDEC.Sumbangannya kepada ekosistem ekonomi digital telah memberi manfaat kepada Malaysia," kata Gobind.

Di bawah kepimpinan Yasmin, MDEC berjaya menerajui pembinaan ekosistem ekonomi digital negara.

Saksikan laporan khas DFTZ bersama MDEC

Antara tugasan yang telah dilaksanakan oleh MDEC termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) untuk menggalakkan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sektor e-perniagaan.

Sumbangan MDEC yang lain termasuk #mydigitalmaker