Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa usahasama (joint venture) antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) adalah untuk pembiayaan dana bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata usahasama itu juga merupakan cadangan daripada Najib sendiri.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian ketika dirujuk kepada Director's Circular Resolution (DCR) 1MDB bertarikh 25 Februari 2013 yang bertujuan untuk membuat satu usahasama di mana 1MDB dan Aabar akan melakukan usahasama untuk melabur secara global.
"Usahasama ini akan dipegang sebanyak 50:50 di antara Aabar dan 1MDB. Melalui proses DCR ini, sebenarnya Jho Low telah menyusun atur tindakan penyediaan DCR ini melalui arahan-arahan sulit secara 'need to know basis'.
"Ini kerana, Jho Low akan 'feed' semua maklumat dan data kepada Jasmine Loo (peguam 1MDB) untuk penyediaan DCR-DCR ini. Jasmine Loo akan membuat kertas kerja Director's Circular Resolution, Special Rights Redeemable dan Minutes Representative (SRRP) berdasarkan kehendak dan pelan perancangan yang digariskan oleh Jho Low.
"Saya tahu berdasarkan tindakan secara umum oleh Jho Low yang mengarahkan dokumen pelan-pelan perancangan bahawa semua tindakan penyediaan DCR akan dibuat oleh Jasmine Loo terutamanya pada masa JV dengan Aabar dan juga terbitan bon USD3 bilion," katanya pada perbicaraan hari ke-15 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan perancangan sulit Jho Low yang mengikut "pattern" sejak awal lagi dan saksi itu tidak boleh mempersoalkan isi kandungan DCR itu kerana ia merupakan arahan Jho Low yang diberi mandat oleh Najib.
"Jho Low juga ada memaklumkan kepada saya pada masa itu bahawa daripada Joint Venture dengan Aabar ini akan membawa kesan besar untuk PRU13. Saya tidak bertanya lanjut berhubung perkara tersebut.
"Saya hanya membuat kesimpulan bahawa fund raising ini sememangnya mempunyai kaitan dengan PRU13," katanya.
Shahrol Azral berkata sebelum "Director's Circular Resolution, Special Rights Redeemable dan Minutes Representative" ditandatangani, secara kehendaknya Najib memang telah bersetuju dengan cadangan-cadangan dan syor yang dikemukakan di dalam DCR itu.
Katanya, pengeluaran dokumen "Special Rights Redeemable dan Minutes of Representatives" itu hanyalah bagi tujuan formal dan legalize cara sahaja.
"Sebagai bukti, Letter of Support yang dikeluarkan, telah ditandatangani oleh Datuk Seri Najib sendiri. Tambahan pula, joint venture di antara Aabar dan 1MDB adalah merupakan cadangan daripada Datuk Seri Najib sendiri. Saya sendiri dimaklumkan oleh Jho Low bahawa rancangan usahasama di antara pihak Aabar dan 1MDB adalah merupakan cadangan daripada Datuk Seri Najib.
"Ini merupakan dokumen DCR yang disediakan oleh Jasmine Loo sepertimana arahan Jho Low. Saya sahkan saya tandatangan sebagai salah seorang Director.
"Ini kerana sejak awal lagi segala cadangan dalam DCR ini adalah arahan Datuk Seri Najib melalui mandat kepada Jho Low berdasarkan pelan perancangan sulit yang telah dihantar kepada saya awal lagi.
"Saya sahkan semasa saya menandatangani DCR ini, saya telah ditunjukkan dengan SRRP dan Minutes By Representative yang tidak bertarikh dan yang telah ditandatangani oleh Datuk Seri Najib," katanya.
Shahrol Azral berkata beliau membuat kesimpulan bahawa Najib telah mengetahui hal itu terlebih dahulu dan telah memberikan kelulusannya.
"Saya terus tandatangan sebab tiada alasan untuk saya bertanya banyak memandangkan Datuk Seri Najib dah setuju dan tandatangan kedua-dua dokumen tersebut," katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019
SHAHROL AZRAL: Segala cadangan dalam DCR ini adalah arahan Datuk Seri Najib melalui mandat kepada Jho Low berdasarkan pelan perancangan sulit yang telah dihantar kepada saya awal lagi. - Gambar fail
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.