Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.
"Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew.
Bernama
Thu Dec 24 2015
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai. - Gambar Fail
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini
Pengarah Projek Fugro berkata, pesawat MH370 mungkin meluncur lebih jauh jika ia dikawal secara manual oleh juruterbang, walaupun ketika kehabisan bahan bakar.
MH370: Usaha mencari dijangka disambung semula bergantung kepada cuaca - JACC
JACC berkata Fugro Discovery yang meninggalkan Pelabuhan Fremantle selepas pemeriksaan rapi akan menyertai Fugro Equator dan Havila Harmony di kawasan pencarian.
Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC
Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).
Cuaca mencabar menunggu kapal Fugro dalam mencari MH370
Menurut pusat itu, usaha mencari Penerbangan MH370 akan diteruskan hingga ke musim sejuk, walaupun mungkin dihentikan sekali sekala.