Gara-gara ingin mengaut untung mudah, sebuah pusat hiburan di sini bukan sahaja beroperasi tanpa lesen, malah berani menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.

Taktik itu terbongkar apabila dua pusat hiburan diserbu serentak oleh sepasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor awal hari ini.

Dalam Ops Noda yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor DSP Norhizam Bahaman bersama tiga pegawai dan 15 anggota memeriksa hampir 20 pengunjung.

Semakan mendapati kesalahan dilakukan iaitu tamat tempoh perjalanan dan tiada permit pekerjaan.

Turut ditahan empat pekerja warga tempatan dan dua warga asing dari Indonesia dan Myanmar, yang bertindak sebagai pengawal keselamatan.

Serbuan turut menahan 9 wanita GRO warga asing dari Thailand (7) dan Indonesia (2) yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an.