Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) kini dinobatkan sebagai fakulti ke-10 terbaik di dunia sehingga mendapat pengiktirafan daripada media Amerika Syarikat iaitu US News, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengiktirafan itu seperti yang diumumkan US News dua hari lepas membuktikan universiti di negara ini masih mendapat tempat di mata dunia dan mampu bersaing di peringkat global.
"Fakulti Kejuruteraan UM telah dinobatkan oleh US news dalam kategori universiti terulung global yang mana UM berada di tempat ke-10 sebagai universiti kejuruteraan terbaik di dunia.
"Ini adalah lebih baik daripada fakulti kejuruteraan di Oxford, Cambridge dan Stamford University," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu maklum balas negara lain terhadap usaha kementerian itu dalam menghadapi revolusi perindustrian keempat.
Idris berkata selain UM, universiti tempatan lain turut melakar kejayaan dan mengadakan pelbagai jaringan dengan pihak industri dari dalam dan luar negara dalam usaha melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran semasa.
"Minggu lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Alibaba Business School bagi menjalin kerjasama dalam pengajian bisnes. Ini menunjukkan sebuah lagi universiti kita diterima di peringkat antarabangsa," katanya.
Menjawab soalan tambahan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) mengenai kebimbangan peningkatan jumlah graduan menganggur berikutan kemudahan penggunaan teknologi, Idris berkata gabungan antara universiti dengan industri akan dapat menyelesaikan masalah pengangguran graduan di negara ini.
"Sekarang ini antara universiti dan industri dah tak ada jurang lagi. Kita pergi ke industri dan bawa industri ke kampus untuk melihat kurikulum yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak industri dan ini dapat selesaikan masalah pengangguran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
Fakulti Kejuruteraan UM telah dinobatkan oleh US news dalam kategori universiti terulung global yang mana UM berada di tempat ke-10 sebagai universiti kejuruteraan terbaik di dunia.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.